BLOGFYNA.COM
-
Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 - Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bilakah tarikh cuti tersebut? Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 merupakan keyword y...8 years ago
BLOGWALKING ZONE (Senarai Bloglist)
-
BLOGWALKING ZONE DISINI. - (STICKY POST) Sila scroll untuk entri berikutnya *TUJUAN * 1. Memudahkan untuk blogwalking ke blog-blog lain. (URL sudah siap, tinggal klik sahaja) 2. Me...12 years ago
SHOT AND SNAP PHOTOGRAPHY
-
10 Fungsi / Kegunaan Tripod - *10 Fungsi / Kegunaan Tripod * Dibawah ini ada 10* fungsi tripod *untuk *jurugambar *sebelum membeli *tripod*: 1. *Tripod *berfungsi untuk meningkatk...12 years ago
Friday, August 31, 2012
SALAM KEMERDEKAAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA
Fyna harap masih tidak lambat untuk fyna ucapkan Salam Kemerdekaan untuk semua. Semoga Malaysia akan lebih berjaya dan aman sentiasa hendaknya.
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
Wednesday, August 29, 2012
AKHIRNYA INI PILIHAN SAYA!!
Setelah duk pening-pening memikir untuk buat pilihan yang terbaik, fyna akhirnya pilih untuk tumpu pada blog personal nih. Siyes masih takde idea dan mood untuk update BLOGFYNA.COM .
Kesian kat blog tue. Tapi apa kan daya. Lebih baik fyna tumpukan satu-satu dulu kan. Lagi elok. Sebab fyna nak mula target balik dengan blog fyna nih. Rasanya dekat 3 bulan juga lah mood untuk blogging nih asyik ke laut je.
Ranking dah teruk. Apatah lagi visitor. ^^; Chaiyok. Sapa yang ada semangat lebih berblog tue, meh lah hulur kat fyna sikit. Hehehe.
Tuesday, August 28, 2012
KEMALANGAN DI LEBUHRAYA. ALHAMDULILLAH KAMI SEKELUARGA SELAMAT.
Sebenarnya fyna hendak buat entri nih semalam tapi memandangkan mood nak menaip agak ke laut, fyna cuba juga untuk hari ini. *Fyna tak pandai nak wat entri panjang-panjang*
Entri kali nih berkaitan dengan family fyna sendiri. On the way hendak balik beraya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan (Raya ke-4). Kami sekeluarga bergerak selepas Zohor. Ikut perancangan dalam pukul 10 pagi. Tapi ada halangan.
Kemalangan berlaku ketika kami hampir masuk sempadan Selangor - Negeri Sembilan. Tayar kereta tiba-tiba pecah. Kelajuan yang ayah bawa masih lagi selamat. Time tue kereta kitorang berada dalam lane ke-2. Tak tahu faktor apa. Sebab ayah fyna pun baru sahaja tukar tayar tue. Benda hendak jadi kan.
Nasib baik ayah fyna tak panik. Masih lagi boleh mengawal kereta walaupun kereta dalam keadaan tidak stabil. Ayah cuba mengawal kereta untuk ke tepi highway. Belakang kereta pula ada lori. Nasib baik lori tersebut perlahan. Cuma pemandu lori membunyikan hon.
Tapi yang paling mendebar dan membuat fyna trauma bila kereta hampir melanggar lampu di tepi highway.
Bantuan dari pihak polis bantuan memang cepat. Pihak polis bantuan siap cakap, yang sebelum nih ada juga kereta mengalami masalah yang sama juga. Yang berbezanya, kereta tersebut berpusing-pusing. Alhamdulillah, nyawa kami sekeluarga selamat.
Monday, August 27, 2012
MISI BERDIET PULAK. JOM!! | TIPS DIET KETIKA SYAWAL
Misi terbaru ok. Baru tak berapa nak baru sangat. Motif? Dah lah bulan puasa berat badan tak berapa nak turun. Tambah pula dengan rumah terbuka dan kenduri kahwin banyak lepas bulan puasa nih. Alamatnya, makin bertambah lah berat macam nih.
Jom berdiet cara sihat.
Nota Kaki : Hurmm... Actually nak cerita pasal accident masa on the way balik n9 hari tue. Nexy entri lah fyna kot. ==' Trauma masih ada lagi.
TIPS DIET KETIKA SYAWAL
Selain memperoleh pahala puasa di bulan Ramadhan, kita juga dapat menjadikannya satu alternatif untuk mendidik diri berdiet. Jika sebulan berpuasa mampu mengurangkan 10kg, namun malangnya berat badan naik mendadak bila Syawal menjelang akibat gagal mengawal pemakanan. Beberapa tip mungkin berguna untuk diamalkan supaya kita dapat mengawal pemakanan.
- Makan secara sederhana
Tiada diet khusus untuk sambutan raya, sebaiknya kita perlu bijak mengawal pemakanan. Hari raya jangan dijadikan tiket untuk membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan kerana kebanyakan makanan hari raya adalah makanan berat.
- Kurangkan makanan berminyak dan berkolestrol
Tidak dinafikan pelbagai hidangan disajikan ketika hari raya, tetapi sebaiknya cuba elakkan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolestrol tinggi. Tidak salah menjamah, tetapi jangan makan terlalu banyak.
- Kurangkan minuman berkarbonat
Ramai di antara kita mengambil langkah mudah dengan menghidangkan air berkarbonat untuk tetamu. Sebaiknya, banyakkan meminum air kosong.
- Amalkan pemakanan seimbang
Cuba atur diet anda. Jika rumah pertama anda telah ambil nasi lemak, rumah berikutnya mungkin boleh manikmati pemanis mulut atau menikmati biskut raya.
- Lakukan senaman
Walaupun sibuk beraya atau melayan tetamu di rumah, sepatutnya kita tidak melupakan senaman untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Labels:
TIPS DIET KETIKA SYAWAL
Thursday, August 16, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Fyna menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Dalam gelap menangkap ikan,
Fyna menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Pesanan Penaja : Siapa yang memandu balik kampung nanti, diharapkan dapat memandu dengan selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Jika letih, rehat sebentar.
errr.. sebelum terlupa. Nah duit raya untuk korang..
Monday, August 13, 2012
MANA LOKASI RAYA KORANG?
Saturday, August 11, 2012
STATISTIK BLOG YANG SANGAT MENGECEWAKAN. ==' MOOD PLEASE DATANG!!
Tengok tajuk dah tahu kan. Lately mood untuk blogging memang ke laut. Lagipun bizi dengan kerja sebab minggu depan boss baru masuk. So, kena standby apa yang patut. Boss lama sangat best dan sporting. Hopefully boss yang akan datang nih pun ok juga.
Back to topic. Hurm.. Bila tengok gambar statistik blog banyak kali, memang mengecewakan. Sangat mengecewakan. Sebab tak cecah 100 langsung. Sebelum nih memang takde masalah.
Tapi mungkin disebabkan bulan puasa, persiapan hari raya dan kekangan kerja, fyna banyak abaikan blog. Alasan je kan ^^;
Maksudnya lepas raya ini fyna kena mulakan balik bermanja dengan blog. InsyaAllah.
Nota Kaki : Jom sambung buat kuih raya.
Thursday, August 9, 2012
JOM CARI DUIT LEBIH UNTUK RAYA
Tuesday, August 7, 2012
Monday, August 6, 2012
BLOGWALKING ZONE??
STICKY ENTRY
(Promotion)
Skrol untuk entri terbaru. Sekian, terima kasih
Maklumat lanjut, korang boleh klik BLOGWALKING ZONE.
Tujuan fyna buat blog tersebut untuk memudahkan fyna blogwalking. Selain itu fyna ingin berkongsi dengan blogger yang lain.
Mana lah tahu kot-kot ada blogger yang tak tahu nak blogwalking mana-mana. Boleh tengok-tengok link blog di situ.
Andai kata ada blogger lain yang hendak letak url blog anda di blog tersebut, amat dialu-alukan. Korang boleh tinggalkan url di ruang komen tersebut.
Mana lah tahu kot-kot ada blogger yang tak tahu nak blogwalking mana-mana. Boleh tengok-tengok link blog di situ.
Andai kata ada blogger lain yang hendak letak url blog anda di blog tersebut, amat dialu-alukan. Korang boleh tinggalkan url di ruang komen tersebut.
Dengan rendah diri, fyna menjemput anda dan menyokong fyna. Sekian, terima kasih.
Labels:
BLOGWALKING ZONE
Saturday, August 4, 2012
JARANG ONLINE TIME MALAM DAH~
Fyna jarang online time malam sekarang ini. Means time bulan puasa ini. Bukan disebabkan malas tapi fyna hendak mendapatkan tidur yang cukup dan tenaga untuk esok harinya. Lagi-lagi kalau minggu kerja.
Niat hati memang hendak online, update blog dan blogwalking tetapi fyna utamakan kesihatan lebih-lebih lagi bulan puasa ini.
Tak dan nak balas jejak. InsyaAllah time hujung minggu dan masa bekerja, fyna akan cuba mengupdatekan blog dan membalas jejak kawan-kawan.
Lagi sekarang tengah sibuk hendak buat persiapan hari raya. Buat sedikit demi sedikit. ^^;
Thursday, August 2, 2012
YEAH!! OK SUDAH KUNCI TERSEBUT.
Rujuk entri SINI.
Akhirnya kunci kereta fyna sudah siap dibaiki. Tak perlu merempit lagi. Kena duplicate banyak-banyak pasni. ^^;
Wednesday, August 1, 2012
KUNCI KERETA PATAH? ADEEHH...
Kunci kereta patah? Best betul. Tapi yang lagi best kunci kereta fyna tue takde yang duplicatenye. Memang satu tue je. Ngeee.. Nampak gayanya fyna terpaksa merempit pergi kerja hari ini.
Dugaankan. Takpe. Maybe ada hikmahnya. Sabar separuh dari iman time puasa-puasa kan.
Agak-agak siapa yang ada kunci lebih tue boleh bagi fyna pinjam.
Moral of Story
Lain kali siap-siap buat duplicate kunci ye. ^^;
Ingat tue kawan-kawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)