Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

TABUNG BELI LENS DSLR BARU


BLOGFYNA.COM

BLOGWALKING ZONE (Senarai Bloglist)

SHOT AND SNAP PHOTOGRAPHY

Saturday, June 30, 2012

EURO 2012 | SEPANYOL VS ITALI? PASUKAN MANA YANG AKAN MENANG?

Sepanyol vs Itali Final Euro 2012 
(2 Julai 2012,2.45 a.m waktu Malaysia – LIVE on TV3)

g7R6Z jadual dan keputusan separuh akhir euro 2012
Sepanyol

VS

pwr7S jadual dan keputusan separuh akhir euro 2012
Itali 

Agak-agak pasukan mana yang akan jadi JUARA EURO 2012?
Fyna pilih ITALI

EDISI TROLL : JOM ORDER PIZZA HUT



Sabar je lah kalau dapat customer macam nih.

ANTARA BLOG PERSONAL DAN BLOG SEO, MANA SATU PILIHAN HATI?


Sambil buat entri nih, fyna dengar lagu korea. Konon-konon nak ambil mood. Dalam kepala lak sambil pikir " Sedapnya lah kalau makan Char Kuey Teow ". Ok-ok.. Back to the topic.

Kalau korang diberi pilihan, korang suka blog jenis apa? Blog personal atau Bog SEO? Sebab sebenarnya memiliki kedua-dua jenis blog nih.

Akhir-akhir nih jiwa fyna asyik menghala kearah personal. Sebab personal agak santai. Blog SEO  (BLOGFYNA.COM) tue pun fyna update kadang-kadang. Harapan blog SEO fyna tue tak terkubur je lah nanti. 

Apa pendapat korang? Mana yang menjadi pilihan?

TAK RAMAI FOLLOWER? JANGAN SENTAP-SENTAP | TIPS TAMBAH FOLLOWER


Follower tidak ramai? Jangan sentap-sentap. Kalau follower tidak ramai tidak bermaksud blog kamu tidak dikenali. Cuma perlukan usaha yang lebih. Jumlah follower merupakan salah satu kayu pengukur blog kamu sendiri. 

Sorry. Blog fyna pun tidak ramai follower sebab blog ini fyna baru buat. Bukan hendak berlagak. Sekadar untuk berkongsi sedikit tips. Yang fyna sendiri pun buat benda yang sama. Tidak salah untuk berkongsi ilmu yang kita ada kan.

Tips Tambah Follower Cara Fyna:

1. Widget Follower 
Yang penting kena letak widget ini, kalau tidak macam mana blogger lain nak followkan. Kang ada pula yang ungkit mengungkit nanti.

2. Blogwalking
Ramai yang tahukan istilah blogwalking nih. Tujuannya kita singgah blog blogger lain. Kena rajin kalau hendak tambah follower. Kalau tidak blogwalking,follower pun tidak bertambah. Jangan hendak berasa hairan kalau follower kamu tidah bertambah-tambah. Lainlah kamu seorang artis. Artis ke?

3. Follow Blogger Lain
Dah alang-alang kamu blogwalking, ringan-ringankan tangan untuk follow. Sebab ada juga yang tak nak follow selagi orang lain tak follow blog dia kan. Terpulang. Jangan berkira sangat.

4. Join Segmen / Contest
Siapa yang kaki segmen / contest, amat dialu-alukan. Secara tidak langsung, blogger lain akan alert dengan blog kamu,

5. Entri
Kalau bab entri ini fyna pun tidak pandai sangat (sebab tue fyna letak tips terakhir). Masih lagi hendak belajar-belajar. Al-maklumlah newbie kan. Pastikan entri yang menarik dan penggunaan ayat yang sesuai. Jangan penuh dengan ayat yang lucah-lucah atau yang susah hendak disebut. Payah nanti.

Friday, June 29, 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini jika tidak paham2 je ok..
2. Letak header ini 
3. Tajuk SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY  
4. Kekerapan anda berblogging dlm sehari? - Sekerap mungkin ^^;
5. Link kan entry anda pada post entry ini


Jom join ramai-ramai. Nak join klik SINI

OSMAN KERING MENINGGAL DUNIA | AL-FATIHAH



Al-fatihah untuk arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Salam takziah untuk keluarga arwah. 

ENTRI BERGAMBAR ATAU ENTRI TIDAK BERGAMBAR?


Antara entri bergambar dan entri tidak bergambar, selalunya yang mana satu jadi pilihan hati?


Thursday, June 28, 2012

RENUNGAN SEBENTAR #3


Benda yang mudah untuk kita ikuti jika berada dalam Masjid.



Wednesday, June 27, 2012

NAK DIET TAPI MAKAN BANYAK. TERUK BETUL BUDAK INI | TIPS / CARA DIET SIHAT DAN CEPAT

Tajuk teruk betul tapi takpe kalau untuk diri sendiri. Haisshh. Benda yang fyna cuba praktikan sekarang. Sebab selera fyna semakin melampau-lampau. Risau lak. Nasib baik ada tips. 

Jom sama-sama kita praktikan. ^^; Tak salah rasanya kalau kita mencuba tips ini.

Tips/cara diet sihat dan cepat.

  • 600 kalori dapat dengan mudah masuk ke dalam perut dengan menyantap kue kering dan snack. Cobalah untuk membatasi menyantap snack dan kue kering.
  • Daripada mengkonsumsi soup ber-cream , pilihlah soup dengan kuah tanpa cream. Cream akan menambah kalori pada makanan Anda.
  • Daripada anda membeli makan di luar, Akan lebih baik jika Anda membawa makanan dari rumah. Membawa makanan dari rumah secara tidak langsung akan membantu membatasi makan siang Anda. Anda sering lapar perut melihat makanan makanan lezat yang terpajang di luaran bukan? :)
  • Ketika makan usahakan menyantap makanan yang rendah kalori terlebih dahulu baru kemudia ke makanan yang berkalori lebih. Dahulukan sayur/buah terlebih dahulu baru kemudian nasi dan lauk pauk nya.
  • Gunakan piring yang lebih kecil dari biasanya. piring yang lebih kecil secara tidak langsung akan membatu anda memasukkan sedikit kalori ke tubuh anda karena seolah olah anda telah makan 1 piring penuh padahal piring Anda yang sebenarnya berukuran kecil.
  • Kunyah makanan Anda secara perlahan lahan. langkah ini cukup efektif untuk membuat Anda lebih cepat kenyang sehingga bisa dikatakan langkah ini efektif sebagai cara diet sehat dan cepat.
  • Kurangi penggunaan garam
  • Minum Air putih 8 gelas per hari. Ini adalah jumlah minimal.
  • Hindari makanan cepat saji.
  • Olahraga terbaik untuk diet adalah olahraga aerobik.
  • Jangan melewatkan makan utama. makanlah 3x sehari , jangan kurang dari itu. makan 2 x sehari bukanlah cara diet sehat yang benar

Tuesday, June 26, 2012

BERKAWAN DENGAN BEKAS KEKASIH?


Soalan cepucemas.

Kalau diberi peluang, adakah korang akan berkawan / berbaik dengan bekas kekasih tetapi hanya berkawan sahaja? Atau tidak berkawan dengan bekas kekasih?

Bagi fyna, alhamdulillah. Fyna tidak pernah hendak berkawan dengan diorang balik. Sebabnya (jawab dalam hati)

Friday, June 22, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS (TROLL EDITION) : ANAK BOLEH TENDANG IBU TETAPI .....

(KLIK UNTUK TUMBESARAN SIHAT)

Syurga dibawah telapak kaki ibu

UPDATE 
Mohon kemaafan kerana kualiti gambar tidak jelas.

Thursday, June 21, 2012

(GAMBAR) JALAN-JALAN CARI MAKAN : RESTORAN GENG'S CORNER

Sebenarnya jalan-jalan cari makan ini masa kitorang habis MAJLIS KONVOKESYEN adik fyna. Makan tengahari dekat RESTORAN GENG'S CORNER Sebab adik fyna cakap makanan dekat sini sedap. Lagipun dia kerja part time dekat pejabat Les' Copaque. Kira ada diskaun sebab dia guna kad ahli.

Siapa yang hendak mencuba makanan di RESTORAN GENG'S CORNER, boleh lah datang di Seksyen 13. Berdekatan dengan Tesco Shah Alam Seksyen 13. (Ada gaya jadi promoter kan?)

UPDATE:
Restoran Geng's Corner ini hak milik Les' Copaque. Kalau tanya budak-budak kecil, kenal tak UPIN & IPIN? Haaaa..yang inilah restoran tersebut.



WAKTU OPERASI
Isnin - Selasa : 8.00 am - 12.00 am
Rabu : 11.00 am - 2.00 pm, 6.00 pm - 12.00 am
Khamis - Ahad : 9.00 am - 1.00 am










MASIH TIDAK DAPAT BE / BUFFERED EARNING? SAMALAH KITA | TIPS UNTUK DAPAT BE


Tidak ada Buffered Earning / BE? Rileks. Janga kecewa. Bukan rezeki kita lagi. (Perghh.Memang terbaiklah ayat hendak sedapkan hati sendiri)

Siapa yang ada BE yang lebih boleh bagi dekat fyna ye. Hehehe.

Disebabkan agak susah hendak dapat BE, fyna dengan rendah dirinya cuba untuk belajar dari kesilapan dan cari tips-tips yang berkaitan. 


Wednesday, June 20, 2012

MASAKAN MAK TETAP YANG TERBAIK. I LOIKE!! | RESEPI NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI API


Disebabkan fyna puasa, fyna teringin hendak rasa mak fyna masak menu ini. Alhamdulillah hari ini mak fyna akan masak. Terbaik!!

Lauk ini makan dengan ikan goreng. Ikan masin. Ada sambal belacan. Nasi panas-panas kan. Letak kicap sedikit.  Perghh... Memang terangkat lah.

(Gulp!! Kena kuat iman ini. Hahaha. Sendiri gatal-gatal publish entri macam ini. )


RESEPI NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI API
Resepi ini fyna rujuk di SINI.

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 7 ketul Ayam
  • 5 biji cili padi (kisar)
  • nangka muda
  • santan rm 1.00
  • 3 bawang merah (kisar)
  • 2bawang putih (kisar)
  • 1 sdk kunyit
  • halia 1/2 inci
  • garam
  • 2 btg serai ( ketuk)

Cara-cara

  1. Rebus nangka muda selama 15 minit. Angkat dan toskan
  2. Blender cili padi, bawang merah, bawang putih, halia hingga hancur
  3. Masukkan ke dalam periuk bahan yang dimesin, ayam, santan, kunyit.
  4. buka api perlahan dan masak.
  5. Bila dah menggelegak masukkan nangka dan serai
  6. Perasakan dengan garam.
  7. tips: Nangka direbus supaya menghilangkan getah. Kalau nangka muda rebus lama sedikit supaya ia lembut. Jika mahu rasa enak lagi bahan yang dimesin lebih elok ditumbuk sahaja. Lagi sodap. Bila mula masak kacau selalu kuah supaya tidak berketul-ketul.

BILA FACEBOOK MENGADA-NGADA

(KLIK UNTUK TUMBESARAN SIHAT)

Sebenarnya benda nih fyna kena beberapa hari yang lepas. Fyna saja nak tengok lama ke kejap problem ini. Tapi boleh tahanlah juga. Lama juga problemnya. Fyna rasa sampai hendak geget je.

Paparan akan jadi seperti diatas. Kejap ok, kejap tak. Tidak keluar apa-apa pun. Cuma yang keluar header sahaja.  Actually benda ini terjadi masa nak ping entri dekat group.

Ke fyna sorang je yang kena? Kalau fyna sorang, maknanya laptop ini yang something wrong~ =='

Tuesday, June 19, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS (TROLL EDITION) : HUKUM LETAK GAMBAR TIDAK TUTUP AURAT DALAM FACEBOOK



Nasihat yang ringkas tetapi cukup makan dalam.

(GAMBAR) MAJLIS GRADUASI KUMPULAN KOLEJ PTPL 16 | MY LIL BRO CONVOCATION

Entri ini ada kaitan dengan ENTRI SINI. Entri kali ini fyna banyak letak gambar. Kalau tidak, buat apa kitorang penat bergambarkan. 

Bila fyna tengok gambar ini, fyna teringin hendak sambung belajar. Teringin sahaja? InsyaAllah, ada rezeki sambung kot.

Jom, layan gambar sekitar MAJLIS GRADUASI KUMPULAN KOLEJ PTPL 16.

























Powered By Blogger