Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

TABUNG BELI LENS DSLR BARU


BLOGFYNA.COM

BLOGWALKING ZONE (Senarai Bloglist)

SHOT AND SNAP PHOTOGRAPHY

Monday, April 30, 2012

Pelik Ke Kalau Bawa Bekal Pergi Kerja?

Kawan : Kenapa ko bawa bekal? Makan je lah kat kantin tue.
Saya : Takpelah. Lagipun dah bawa bekal pun.
Kawan : Uiks..Pelik lah ko nih. (bla...bla...bla...)
Saya : *Malas nak layan*

Fyna lagi pelik kenapa diorang tanya soalan macam tue. Tak salah rasanya bawa bekal. Kalau diorang nak rasa bekal yang fyna bawa nih boleh je.

Siapa yang pernah bawa bekal? Ke fyna sorang je? 



Friday, April 27, 2012

SEGMEN : BEN ASHAARI DAN BLOG AKU

BEN ASHAARI

Simple But Nice
(dah macam tagline produk lak.hehe.)

Join Segmen Klik SINI

Thursday, April 26, 2012

Bila Kekeringan Idea..

 

Kejap taip, kejap delete. Kejap taip, kejap delete. Kejap taip, kejap delete.

Yup. Benda tue lah fyna buat dari tadi. Nak gak buat buat entri, Jeles tengok orang lain ada je entri. Rasa nak je curi idea-idea korang. Meh sedekah kat fyna sikit. Eh..banyak-banyak pun boleh. 

Fyna ingat nak buat entri pasal personal tapi rasa macam malu lah. Kalau fyna nih artis, kompem ramai paparazi yang nak baca. Tue belum wartawan obersi. Perrghh.. *Glamour ko Mak Jemah*. 

Tapi disebabkan fyna nih hanya blogger picisan je, baik buat entri jahit-jahit manik gitu. main masak-masak ke kan. *Tue pun kalau ada yang baca*

Hurm...nampak gayanya memang takde idea lagi sekarang nih.



p/s : yeaahh...dah siap gak 1 entri rupanya.

Tuesday, April 24, 2012

Bila Blogfyna.com Selalu Bandwidth Limit Exceeded....


Memang dah jangka dah benda nih akan berlaku gak. Tunggu je dia buat perangai. Disebabkan Blogfyna.com tue tengah buat perangai, fyna akan habiskan masa di blog kedua nih. 

Kalau ada rezeki fyna akan tukar apa yang patut kat Blogfyna.com tue. (tengah tunggu cek-cek yang bakal tiba) Tidak diakui, ranking akan jatuh. Tapi nak buat macam mana kan. Redha je lah. 

Siyes. Duk terkulat-kulat je nak susun ayat kat blog personal nih. Umpama nak kena buat karangan 180 patah perkataan je. Adoi..

Friday, April 20, 2012

Ayam Panggang. Nyum.Nyum


Ayam panggang? Menu untuk esok. Dah siap plan dengan adik fyna dah. Yang tak bestnya, esok fyna kena kerja. Bahan-bahan untuk perap ayam akan fyna siapkan malam nih. Atleast esok adik fyna tinggal panggang je. 

Sedap kalau dapat perap ayam tue lama-lama. Ayam panggang nih sedap kalau dapat cicah dengan air asam lak kan. Hehehe...

Resepi Ayam Panggang Madu SUMBER

Bahan-bahan ( 1/2 ekor ayam )

  • 1/2 ekor ayam bersihkan ,jangan dibuang kulitnya.
  • 5 cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • Garam dan gula melaka sedikit lada hitam
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • Bahan untuk perap:
  • 5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam

Cara-cara

  1. 100_2733
     Tumbuk halia dan bawang putih serta garam,lumurkan pada ayam,biarkan sebentar
  2. Sementara itu siapkan bahan bahan untuk disapukan pada ayam nanti..bumbunya.
  3. 100_2741
     Tumbuk halia dan bawang putih sampai lumat dan masukkan sos tiram,lada hitam,gula melaka,kicap pekat,madu dan pati ayam kacau sampai sebati
  4. Masukkan ayam dalam ketuhar dengan kepanasan 190 darjah celsius,bakar sehingga masak,tapi jangan sampai kekuningan.
  5. Apabila masak,keluarkan ayam,lumurkan dgn bumbunya tadi,masukkan dalam ketuhar kembali,bakar selama 5 minit.Harus berhati hati kerana pada tahap ni,ayam cepat hangus.
  6. 100_2759
     Keluarkan ayam sekali lagi,terbalikkan,sapu bumbu selebihnya pada bahagian bawah ayam tadi,bakar lagi sehingga ayam berwarna keemasan.Siap untuk dihidang.

Friday, April 6, 2012

Benda Yang Buat Fyna Menyampah

 

Geram lak rasanya hari nih. Tapi sebenarnya fyna dah simpan benda nih dah lama dah kot. Lagi-lagi bila melibatkan benda di tempat kerja.

1. Suruh fyna tolong buat kerja tapi paksa suh siapkan cepat. Padahal fyna punya kerja banyak nak kena selesaikan. Kalau tak tolong, siap perli-perli. What the fish. Kang menjawab, kata kurang ajar. Kompem nama fyna kena jaja pasnih.

2. Masuk bilik fyna tanpa ketuk pintu. Pakai terjah je. Sedangkan fyna dah tampal besar-besar kat pintu tue " Sila ketuk pintu sebelum masuk" . Hurm.. Maybe nak kena guna bahasa lain kot. Font kasi besar lagi kan. Tak pikir langsung privacy orang lain. 

3. Tanya fyna soalan tapi macam nak cari gaduh. Siap buat muka minta penampar. Kompius lak. Nak tanya ke. Nak gaduh. Rasa tangan nih ringan je plak. 

4. Suka suh fyna buat kerja last minute. Kerja sendiri suh fyna buatkan. Sendiri salah, nak libatkan orang lain. Terbaik! Bukan tak boleh nak tolong tapi kena caranya.

Wednesday, April 4, 2012

Alhamdulillah.. 100 Follower Sudah.


Hari nih cukup sudah follower ke 100 fyna. Alhamdulillah. Walaupun baru mencecah 100 follower. Thanks Shida. Nak dapat follower beribu-ribu bukan senangkan . Lagi-lagi kita nih bukan retis. Alamatnya bertahun-tahun lah nak dapat follower ramai.

Keadaan kesihatan yang tidak berapa nak baik (selsema + demam) agak membataskan fyna nak buat entri yang berkualiti. (dem...mula nak ngarut dah nih)

Fyna otw nak tukar theme yang baru untuk blogfyna dot com. Pheww.. Nervous pula. Tak tahu lah apa rupa baru theme tue. 

Tuesday, April 3, 2012

Blogfyna Dot Com Sudah Ok.



Alhamdulillah. Blogfyna Dot Com dah ok. Hopefully bulan nih takmo nakal-nakal lagi. Buat masa sekarang nak update kat blog tue takda mood lagi. Sebab nak tukar theme yang lain. Bukan setakat pengantin je ada tema-tema bagai. Blog fyna pun ada juga wokay.

Blog lain bertukar theme/template. Teringin fyna nak tukar yang lain juga kat Blogfyna Dot Com tue. Theme dah ada cuma masa je yang tak ade. Sekian, terima kasih.


Monday, April 2, 2012

Fan Page Celebration Giveaway! by Eqbal Zack



Eqbal Zack? Korang kenal? Tak kenal? Nah..Amek coklat nih, pergi main jauh-jauh. Hari nih fyna nak join giveaway dari Abang EZ. Mana tahu ada rezeki kan. 

Kalau siapa-siapa yang nak join Fan Page Celebration Giveaway nih boleh klik banner di atas. Syarat sangat senang. Selain tue, perlu LIKE Fan Page Abang EZ dulu. 

Jom, ramai-ramai join giveaway Abang EZ.

Bila Fan Page Terabai.. Haaa.. Jadi Macam Nih Lah..

(klik untuk tumbesaran yang suhat)

Maybe ada yang dah tahu fyna ada fan page. Kalau yang dah tahu tue bagus lah (err...bajet retis je kan) Meh la LIKE fan page fyna nih. Klik  FAN PAGE BLOG FYNA. Fyna tak terupdate lagi pape kat fan page tue. Ingat nak letak RSS Feed tue. Tapi asik tak jadi je. Kechiwa. 

At least kalau ada RSS Feed tue, senang lah sikit kan. Next time fyna cuba lagi.Tapi bila fan page tue dah terabai, rasa sedih lak. Macam beli rumah tapi takde penghuni je. Bila tengok fan page member lain, meriah je. 


p/s : awat ayat berterabur je nih. maaf. mood bercuti masih ada. hurm..

Powered By Blogger