Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

TABUNG BELI LENS DSLR BARU


BLOGFYNA.COM

BLOGWALKING ZONE (Senarai Bloglist)

SHOT AND SNAP PHOTOGRAPHY

Thursday, March 29, 2012

Welcome to Your Timeline!!

Klik untuk tumbesaran yang sihat

Timeline? Yeah..Lepas nih facebook akan bertukar wajah. Timeline lah kita ramai-ramai pasnih. Yang pasti fyna tak suka lah kalau interface macam tue. Tak menarik pun. Tak bernafsu pun dengan timeline nih. Maknanya lepas nih terpaksa lah menghadap timeline tue juga kan. 

Tapi ada cara nak remove timeline nih kan? Siapa yang suka timeline boleh angkat kepala lutut. Siapa yang suka rupa yang lama cuba angkat bahu masing-masing.

Munirah Che Ahmad - First Giveaway


Hari nih fyna dengan rajinnya nak join GiveAway dari Munirah Che Ahmad. Tak salah nak mencuba nasib. Mana tahu ada rezeki kan. Siapa yang join tue, boleh klik SINI.


Wednesday, March 28, 2012

Rindu Sama Dia

 

Alololo... Sweet je tajuk entri kali nih. Bukan senang fyna nak rindu-rinduan nih, *Sambil nyanyi lagu Rindu-rinduan by Spoon* Kalau boleh fyna tak nak war-war kan rasa kerinduan nih. Tapi tidak adik untuk hati nih. Hurm.. Nak tahu fyna rindu dengan siapa? Kalau suh teka, kompem korang tak tahu siapa kan. kan.


Sebenarnya fyna rindu dengan DSLR fyna. Sekarang fyna guna Nikon D90 saja. Disebabkan ada masalah teknikal, fyna terpaksa gantung dahulu 'my baby' tue. Tak boleh nak amik job. Photoshoot pun kena tolak ketepi. InsyaAllah akan dihantar service. Fyna akan tunjukkan antara hasil-hasil yang fyna pernah bidik dengan 'my baby'. Walaupun tak seberapa tapi nak publish gak. 



Ada banyak lagi gambar-gambar tapi lain kali lah fyna buat entri lain. Sedih pun ada sebab 'my baby' ngah problem. 

Tuesday, March 27, 2012

Bermanja-manja Dengan Microsoft Front Page

 

Minggu nih nak kena susun senarai kerja dengan teliti. Kawan fyna minta bantuan fyna untuk buat projek website dia. Tapi kena guna Microsoft Front Page. Bukan Fan Page. Kalau fan page, klik-klik saja dah siap. Disebabkan fyna nih sorang je juruteknik komputer kat tempat kerja nih, fyna cuba menolong sebaik mungkin. 

Tengok macam senang tapi bila melibatkan kekreatifan nih yang fyna lemah nih. Duk terkulat-kulat nak buat storyboard. Lagipun dah lama tinggalkan benda-benda time belajar dulu nih. Nak kena wat revision balik. Dah macam fyna lak belajar balik. ^^; Jom ramai-ramai tolong fyna nak?

Monday, March 26, 2012

6 Hari Tanpa Blogfyna Dot Com


6 Hari Tanpa Blogfyna Dot Com. Nampak gayanya sampai hujung bulan nih fyna dah tak boleh nak bermanja-manja dengan blogfyna.com. Bukan sebab merajuk tapi masalah yang sama. Tak sampai 3 hari fyna topup jadi balik. Sekarang dah malas nak topup dah. Tunggu reset jelah.

Nasib baik ada yang blogspot nih. At least ada gak blog lain. Kalau tak, takda blog lah sampai hujung bulan nih. Disebabkan blog nih blog personal, jangan risau takda entri berkaitan dengan SEO kat blog nih. Lagipun fyna pun nak try juga blog personal. Macam best je tengok Blog Abg Ben,Blog Hanis Zalikha dan Blog Yuyu. Still hebat macam blog SEO kan. Jeles ok.

Bukan fyna tamak nak ada sampai 2 blog, Susah juga nak manage. Kalah retis. Tapi tak salah fyna mencubakan. Lagipun kalau blog personal nih takda lah terikat dengan entri SEO. Rasa bebas sikit dengan idea-idea yang terbuku kat otak nih. Macam-macam boleh diluahkan. Samada orang nak baca atau tak je. Betul tak?

Running Man Lah Sangat. I Loike!!

 

Running Man? Tak ramai yang tahu kot pasal variety show RM nih. Lagi-lagi kalau yang tak minat k-pop. Kompem duk garu-garu kepala. Fyna suka tengok RM nih pun sebab nak release tension time kerja. Konon-konon nak tengok kejap je. Konon je. Padahal lama. Demm!! Nasib baik bos fyna sporting, Kalau tak, dah lama kena sound.

RM nih dah lama dah. Fyna je yang baru tahu. Opss.. Jangan kata fyna ketinggalan zaman, fyna cuma baru tahu je ok. Kalau korang suka cerita yang ala siasat tue, sesuai tengok RM nih. Mula-mula memang tak paham. Dah lama-lama korang akan tahu rentak variety show nih. Nak kena tunggu adik fyna dari Kelantan tue balik. Baru ada geng nak tengok.

Dalam RM nih, fyna suka Kim Jong Kook dan Monday Couple. Siapa-siapa yang nak try tengok RM nih, boleh cuba tengok kat link nih. Klik sini Running Man 

  
Kim Jong Kook a.k.a Commander

  
Monday Couple

Sunday, March 25, 2012

Farah Alias Nak Review Belog Saya

 

Jom join segmen dari Farah Alias.
*Klik Banner untuk maklumat lanjut*

Digi WWWOW Award Punya Pasal

 

Ramainya kawan-kawan yang mencuba nasib untuk Digi WWWOW Award tahun nih. Fyna duk pikir lagi nak masuk ke tak nak nih. Tapi bukan untuk blog nih. Tapi untuk BLOGFYNA nih. Mana tahu ada rezeki anak-anak.

Kalau kalah pun dah adat bertandingkan. Bila tengok calon yang bertanding pun bukan calang-calang blogger wokay. Yang level-level retis gitu. Ternganga gak lah masuk nih. *dah-dah.tutup mulut tue*

Tak salah nak mencuba nasib. Tapi tue lah kan. Adehh.. Tadi time nak masak unutuk lunch ada gak cerita pasal benda award nih kat mak fyna.

Mak Fyna: "Uikss. Siapa ada award-award juga ye. Ala.. Cuba je lah masukkan. Kot-kot menang. Hadiah pun boleh tahan gak kan."
Fyna : "Deng!! Hadiah? Kalau ikutkan hadiah memang menarik. Ingat senang nak menang. Nak masuk kategori mana pun tak tahu lagi nih. Tengok lah macam mana."

Kalau dah masuk nih, kena struggle untuk meraih undi untuk vote kan. Banyak lagi nak kena buat pasnih. Fyna masih kompius lagi samada nak masuk atau tak nih? Debaran nak join nih dah macam nak kahwin lak. Dup Dap Dup Dap gitu.

UPDATE : Siapa yang nak join boleh klik http://www.wwwow.my . Semua maklumat lanjut ada disitu.

Saturday, March 24, 2012

Salah Timbang Ke Salah Diri Sendiri Nih?


Berat dah nak mencecah ke angka 50 kg nih. Nih yang duk pikir-pikir rasanya penimbang tue yang salah. Tak pun dah rosak kot. Saja nak pedajal fyna lah tue. ^^; Turun naik, turun naik dari penimbang dari tadi. Sah, penimbang tue yang rosak. Fyna pasti. *padahal nak sedapkan hati sendiri je*

Yang penting pasni nak kena jaga makan. Tak kan nak makan angin je kan. Rugi je. Nak makan meggi hari-hari? Kompem pasni rambut jadi macam meggi. Elok-elok rambut ala-ala Umi Nazira, jadi rambut macam Hafiz lak nanti. Rasa nak pergi kerja naik basikal je kot. At least boleh turun dalam 4-5 kg kan. Tapi agak-agak sampai tak tempat kerja nanti nih? Itu pun dah jadi persoalan nih.

Nampak gayanya nak kena cari tips yang berkesan nih.

Bila Banyak Invitation Event Dalam Facebook Yang Fyna Dapat.

 

Deng!! Lately nih banyak event-event yang fyna dapat. Perghhh... Macam retis kan. Kalau event kahwin fyna amat tak kisah. Orang nak bagi makan free kan. Tapi yang fyna dapat nih banyak yang berkaitan dengan event seperti contest, give away, or seangkatan dengannya. Suh like-like pun satu hal gak.Tue belum yang suh follow-follow. Bab follow nih pun ada isu gak.Adehh.. Pening kepala Mak Jemah nih.

Fyna tak kisah sebenarnya nak invite tapi dah banyak sangat. Maybe itu cara korang untuk meriahkan event yang korang buat. Tapi sebenarnya buat fyna tak selesa. Kalau sehari dapat dalam 5-6 event. Kalau dah berhari-hari? So, agak annoying. Sian fyna nak baca satu-satu event yang fyna dapat tue.

Siapa yang hendak buat event tue mungkin boleh gantikan dengan cara ping entri tue dekat group facebook. Ataupun blogwalking. Usaha tangga kejayaan kan. InsyaAllah ada yang join. *peace no war*

Terpulang pada yang lain. Maybe ada yang suka dengan event-event nih. Tepuk dada sendiri, tanya selera. Jangan nak tepuk dada orang lain lak. Kalau fyna punya entri nih ada yang terasa, fyna minta maaf banyak-banyak. Bukan senang fyna nak buat luahan macam nih. Dah kalah karangan adik-adik sekolah rendah. Terima kasih pada siapa-siapa yang telah invite fyna.

Friday, March 23, 2012

Saya Suka Doodle

 

Malam nih fyna nak try join segmen dari Apit. Otai doodle tue. Siapa yang nak join boleh kli banner kat atas tue ok. 

Nama : Fyna.
Kaler : Merah ^^;

Fyna nak tag Wan Mira dan Miss Diena

Ok Ke Tidak?

 

Disebabkan fyna nih tak berapa nak seni, agak-agak ok ke tak template yang fyna guna sekarang nih? Ke perlu tambah pape lagi? Fyna nak tengok gak kot-kot ada tak haters yang nak komen bila fyna guna blogspot nih. 


Kalau ada yang nak bagi pandangan fyna akan terima je. Lagi banyak komen, lagi bagus kot. Hehe. Saya budak baru belajar. Sambil mencari mood untuk tambahbaik blog nih.


p/s : macam best pulak guna blosgpot nih balik. weee.. jangan blog lagi satu tue terabai udah. yang tue pulak merajuk nanti.

Gara-gara Blogfyna Dot Com Bandwidth Limit Exceeded


Kemungkinan ramai yang pelik kot sebab fyna ada blog lain. *macam ramai je yang kenal fyna pula* Blog sebelum ini tetap berfungsi seperti biasa. Fyna tidak akan abaikan blog tersebut. Tetapi disebabkan blog tersebut tengah bermasalah *Bandwidth Limit Exceeded* fyna wujudkan blog ini. 

Sebelum ini memang fyna hendak buat blog lain dan guna blogspot. Tetapi disebabkan kekangan kerja dan waktu, fyna hold kan dulu. Akhirnya hari ini, siap juga blog tersebut. Walaupun agak ringkas tetapi fyna sudah puas hati. *wink*

Suka K-POP


K-POP? Kalau popcorn tahu la. Ada yang suka K-POP tapi ada juga yang tidak sukakan. Ehem...fyna suka ok. Semua ini gara-gara adik fyna lah. *pandai salahkan orang lain.* Kalau tidak kerana dia, fyna tak tahu semua ini. Sebenarnya fyna bukannya addicted pun, Suka ala kadar je. *penuh external hdd dengan cerita korea ok*

Sekarang ini duk layan Running Man pula. *Jong Kook Oppa + Monday Couple. Saranghae~*. Semalam lagi lah gara-gara blog yang lagi satu problem, fyna duk layan variety show itu saja. Disebabkan banyak sangat episod, fyna tidak habis tengok lagi. errr.. Siapa lagi yang suka K-POP? Suka tapi tidak obses ok.


p/s : apasal rasa kekok je kat blogspot nih? adeehh...

Berblogspot Kembali



Selamat Datang Ke Blogspot. Sebenarnya fyna masih lagi merangkak-rangkak hendak menggunakan kembali blogspot ini. Terkial-kial hendak mencari template yang sesuai. Masa banyak habis mencari template saja tadi. Kejap preview, kejap download. Tukar yang lain.Kejap preview, kejap download. Tukar yang lain. Buat benda yang sama. Akhirnya fyna pilih template yang ini. Love love gitu kan. *blushing* Bukan jiwang ok. Cuma hati senang sekarang.

Yang best fyna tidak tahu motif untuk blog kedua. Nama pun fyna pakai tulis. Blog pertama > Blogfyna.com < masih lagi berfungsi cuma ada masalah sedikit buat masa sekarang. Sementara blog pertama itu kembali seperti biasa, fyna akan tambahbaik blog yang sekarang ini.

Fyna harap blog yang kedua ini fyna akan jaga macam fyna jaga blog yang pertama. Kalau blog pertama fyna banyak ke SEO, blog ini fyna akan jadikan sebagai blog yang santai. Harap kawan-kawan dapat menyokong blog kedua fyna ini.

Powered By Blogger