Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

TABUNG BELI LENS DSLR BARU


BLOGFYNA.COM

BLOGWALKING ZONE (Senarai Bloglist)

SHOT AND SNAP PHOTOGRAPHY

Monday, December 31, 2012

Entri Terakhir Dan Selamat Tahun Baru!!!


Hari ini merupakan hari terakhir dan penutup untuk tahun 2012. Semoga tahun 2013 akan lebih baik dari tahun 2012.

Secara tidak langsung, entri ini merupakan entri terakhir untuk tahun ini. Semoga umur dipanjangkan untuk melangkah tahun baru.

Sunday, December 30, 2012

Shot And Snap Photography? Waaa.. Siap Sudah!!



Hari ini, fyna telah siap menukar template untuk Blog Shot And Snap Photography. Ye.... Blog tersebut masih lagi dalam jajahan fyna. Sebenarnya blog tersebut sudah wujud sejak bulan 10 lepas.

Disebabkan blog  utama fyna (Blogfyna.com) masih bandwidth lagi, fyna ambil kesempatan ini untuk menambahbaik sedikit Blog Shot And Snap Photography.


Fyna memang sudah lama gantung kamera fyna disebabkan sebab tertentu. InsyaAllah dengan azam baru tahun depan, fyna ingin mulakan balik berjinak semula dengan fotografi. Wish Me Luck!!

Blog Shot And Snap Photography masih lagi tidak lengkap sepenuhnya. Akan diperbaiki lagi semasa ke semasa. Header masih lagi tidak ada. Shoutbox pun masih belum letak lagi. Sebab ingat nak letak shoutbox yang terapung. Errr.. Tengah belajar hendak letak macam itu.

Fyna memerlukan pandangan kawan-kawan yang lain, apa yang perlu fyna tambahbaik lagi blog tersebut?




KLIK SINI

Friday, December 28, 2012

(LAWAK) Angkara Bom!!


Kalau kes macam ini, hendak salahkan siapa? 
Orang yang matikan bom? 
Pakar bom? 
Atau bom?

RUN FOR YOUR LIFE!!!!

Thursday, December 27, 2012

Rahsia Rasulullah Kawal Emosi

Rahsia Rasulullah Kawal Emosi




Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh kita melakukan pergerakan fizikal bagi mengawal emosi marah adalah bertujuan melenturkan dan meredakan ketegangan saraf otak...

“Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan shalat sunah dua rakaat.”

Itulah hikmah ketika marah berdiri perlu duduk, ketika duduk perlu berbaring. Dan air wudhu' pula mampu memadamkan hati yang sedang menyala apinya...

Emosi marah juga terhapus dengan istighfar yang berterusan... :)

No idea? Yes, I'm.

(Klik untuk tumbesaran sihat)

Hari ini dengan rajinnya telah blogwalking beberapa blog. Kononnya nak cari idea. Alhamdulillah lepas blogwalking masih lagi tiada idea untuk disumbatkan dalam blog ini untuk entri baru. DENG!!

So, jom sambung blogwalking lagi. Minta-minta adalah idea untuk disumbangkan kejap lagi.


Wednesday, December 26, 2012

Azam baru? Azam lama dah setel ke?



Waaaaa... Tinggal berapa hari lagi sahaja akan masuk tahun baru. Welcome 2013. (Woww!! speaking pula)
Setiap kali hendak masuk tahun baru, mesti ada yang tanam azam baru kan. Paling tak pun, azam yang belum tercapai, akan dibawa ke tahun hadapan. Macam debit kredit gitu. Same like me lah. Deng!!

Azam fyna untuk tahun ini, fyna bawa tahun hadapan. Antaranya:
1. Diharapkan blog fyna akan bertambah maju untuk tahun 2013. Upgrade pakej lagi lah gamaknya. Sebenarnya, fyna memang ada banyak blog. Sebab setiap blog ada fungsi tersendiri.
Blogfyna Dot Com (Blog Utama)
Blogwalking Zone (Senarai blogwalking)
Shot And Snap (Dunia Fotografi)
2. Semoga dipercepatkan jodoh. Hehehe...
3. Niat nak sambung lagi job photographer. Rindu sangat.

Hurm...Buat masa yang itu dulu kot. Kalau list banyak-banyak kang tak tercapai dek akal lak.

Apa azam korang untuk tahun hadapan? Jom share dengan fyna. Mana lah tahu kot-kot sama kan. ^_^


Monday, December 24, 2012

(LAWAK) U cheat me? What the @#$%

(Klik untuk tumbesaran sihat)

Haaaa... Ini makan dia...


Wednesday, December 19, 2012

GOOD LUCK ADIK-ADIK PMR 2012!!


Secara rasminya hari ini (19.12.2012) keputusan PMR 2012 akan diumumkan. Fyna ucapkan Good Luck untuk adik-adik yang akan mengambil keputusan tersebut hari ini. 

Sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang, teruskan lagi usaha tersebut. Dan sekiranya mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, jangan putus usaha. Langkah anda masih ada lagi untuk terus maju. Buat lagi yang terbaik pada masa akan datang.


Tuesday, December 18, 2012

Bandwidth Limit Exceeded? Again!!


Bandwidth Limit Exceeded? Again!! Ye..Disebabkan Blogfyna Dot Com masih lagi bandwidth, fyna terpaksa menumpang kasih sayang di blog yang lain. *ohhhmenn...terpaksa topup dulu*

Eh... Rupa-rupanya sudah lama fyna tidak update di sini kan. Phhewww.. Berhabuk. Kesian dia.

Semalam fyna baru saja buat satu segmen REVIEW BLOG BY BLOGFYNA. InsyaAllah segmen tersebut akan diteruskan selepas Blogfyna kembali ok.





Friday, September 14, 2012

I'LL BE BACK


Disebabkan ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan hujung minggu ini, fyna akan mula update blog ini selepas Cuti Hari Malaysia.


Thursday, September 13, 2012

SURAT UNTUK ANONYMOUS




Kehadapan Miss/Mr Anon

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi komen yang 'membina' di kotak komen saya yang tidak seberapa itu. 

Secara jujurnya bukan senang saya hendak memberi surat kepada sesiapa yang tinggalkan komen untuk setiap entri saya. Saya hanya boleh mengucapkan ribuan terima kasih. Kira Miss/Mr Anon ini antara yang bertuah. Tahniah.

Saya akan menjawab secara ringkas apa yang Miss/Mr Anon komen tersebut. (InsyaAllah). Saya tidak pasti samada itu komen atau luahan. Tetapi saya anggap itu komenlah ye.

Untuk pengetahuan Miss/Mr Anon, saya memang hanya untuk guna blogspot sahaja. Tetapi kemungkinan Miss/Mr Anon tidak kenal saya secara mendalam. Sebab saya sendiri ada tapak menggunakan domain. Bukan domain sahaja. Tetapi hosting juga juga. Miss/Mr Anon tidak percaya. Mari klik BLOGFYNA.COM.

Entri di sini memang banyak kepada personal dan santai. Untuk release tension gitu. 

Fyna pun banyak lagi hendak belajar dan masih merangkan-rangkak lagi dalam dunia blog ini. 

Kemungkinan Miss/Mr Anon pun ada blog kan? Boleh tunjukkan dekat fyna. Boleh lah juga fyna singgah. Mana tahu ada juga yang membaca surat ini hendak singgah sekali.

Fyna sudah anggap semua rakan blogger sahabat maya yang baik-baik. Tidak kisah yang guna blogspot ataupun wordpress dan seangkatan dengannya. Kalau yang tak baik pun, macam Miss/Mr Anon. (ehh..terlepas bicara pula)

Tidak baik kita bermasam-masam muka kan. Andai fyna ada terkasar atau tersalah bahasa, tegurlah secara budi bahasa. 

Boleh Fyna ingin berpantun?

Kalau terpijak pisau belati 
Tentu terluka teramat bisa
Bahasa yang cantik anugerah Ilahi 
Berbudi bahasa pusaka bangsa

Indah sekali pantun kita kan. 

Sebelum terlajak bicara, fyna ingin mengundur diri. Lagipun fyna hanya ingin menjawab secara ringkasa sahaja. Mungkin sampai disini sahaja. Andai ada masa, boleh kita berbicara lagi. 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Yang Menjalankan tugas,
CIK JOYAH (bukan nama sebenar)
Setiausaha Sulit Cik Fyna.


Wednesday, September 12, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #4


Siapa pernah kena macam nih? Line internet yang tenat. Macam nih jadinya.

Tuesday, September 11, 2012

KADANG-KADANG FACEBOOK MEMBOSANKAN.


Hurm...sekarang nih fyna rasa facebook agak membosankan. Dengan line internet kadang-kadang agak menguji kesabaran je. 

Ditambah pulak dengan facebook semua dah berwajah timeline.



Tapi....Nasib baik ada blog kan..  Jom update entri. Hehehehe..

JOM NAIKKAN TRAFIK


Klik JOM NAIKKAN TRAFIK BLOG Untuk Join.


Jom ramai-ramai join segmen dari Mak Dara.

Blog ke dua fyna (Blog Personal).. Ngee. Tamakkan. Dua-dua blog nak join segmen nih juga. Hehehe. Blog yang lebih tertumpu kepada entri yang santai dan personal. Sayang blog nih ^^;

Monday, September 10, 2012

[VIDEO] ITIK MELINTAS HIGHWAY. SABAR JELAH TENGOK MAK ITIK NIH.


Sila sediakan bantal untuk digeget bila tengok video ini. Memang comel tengok family itik ini melintas. Tapi awas.. Jeng!! Jeng!! Jeng.. 

Tengok sendiri sampai habis video nih,

Sunday, September 9, 2012

[TROLL] NEVER HAVE A BOYFRIED?



Hahaha.. Geli hati je tengok.. Sampai tersembur.

Saturday, September 8, 2012

[LAWAK] ANJING YANG PANDAI BERENANG

 

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.
Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan,
anjing B relaks je. 

Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal
daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala…releks le,
aku ni kan anjing laut.”

Friday, September 7, 2012

PAKAI TUDUNG TAK WAJIB TAPI....

PAKAI TUDUNG TAK WAJIB TAPI....


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL


KALAU KORANG DAH CASHOUT, APA KORANG BUAT?

SUMBER : GOOGLE

Mesti ada yang dah cashout nuffnang kan? Takpun says or churp-churp. Korang dah beli apa dengan duit tue? Mana tahu ada yang beli kasut ke, baju kan.

Fyna dah dapat cek churp-churp dah. Tapi tengah tunggu untuk cek nuffnang pulak.

Teringin hendak beli macam gambar kat bawah nih sebenarnya. Hehehe. InsyaAllah dapatlah fyna beli lens tue. ^^; 




Thursday, September 6, 2012

JOM JOIN BLOGLIST HASRULHASSAN.COM



As-Salam. Blog www.hasrulhassan.com membuka peluang untuk mana-mana blog untuk disenaraikan dalam ruangan bloglist terhad 200 blog terawalTerbuka buat semua jenis blog, tak kira blog politik, blog agama, blog personal, blog informasi - asalkan ia tidak melanggar batas agama dan sosial serta undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan.
Untuk disenaraikan, apa yang perlu anda lakukan adalah 2 perkara:
  1. Buat satu entri yang merujuk kepada blog ini - anda boleh tulis apa sahaja, samada pandangan, nak review, nak bagi pujian, nak promo tentang bloglist ini atau apa sahaja, asalkan terdapat backlink ke blog ini.
  1. Masukkan blog ini dalam bloglist anda juga.

Dikesempatan ini fyna hendak merebut peluang untuk join segmen dari blogger HasrulHassan. Siapa yang tak kenal dengan blogger hebat nih kan. Blog yang penuh dengan informasi dan maklumat terumata untuk blogger-blogger. Banyak tips-tips yang dapat dikongsi bersama.


Siapa yang nak join, boleh klik 
BLOGLIST HASRULHASSAN.COM


INFO KESIHATAN : BAHAYA PAKAI KASUT TUMIT TINGGI | KEBURUKAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI

INFO KESIHATAN : BAHAYA PAKAI TUMIT TINGGI



Siapa yang suka pakai kasut tumit tinggi? Fyna? Maaf, fyna memang tak suka. Leceh kot nak bergerak. Tapi sebenarnya ada kesan yang tak elok untuk badankan. Renung-renungkanlah.


SUMBER : http://www.celapakit.net

KEBURUKAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI

1. Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

2. Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

3. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”

4. Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

5. Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

6. Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

7. Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

8. Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

9. Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi. 


JOM LAYAN KARTUN CANIMALS

JOM LAYAN KARTUN CANIMALS 


Canimals? Nih semua gara-gara pengaruh dari anak buah fyna. Sekali-sekala layan Canimals untuk release tension.

Korang ada ke yang tengok kartun nih? Siapa yang nak try tengok, boleh lah play video Canimals kat bawah nih. 




Nota Kaki : Suka sebab comel-comel je kartun nih.

Powered By Blogger