Misi terbaru ok. Baru tak berapa nak baru sangat. Motif? Dah lah bulan puasa berat badan tak berapa nak turun. Tambah pula dengan rumah terbuka dan kenduri kahwin banyak lepas bulan puasa nih. Alamatnya, makin bertambah lah berat macam nih.
Jom berdiet cara sihat.
Nota Kaki : Hurmm... Actually nak cerita pasal accident masa on the way balik n9 hari tue. Nexy entri lah fyna kot. ==' Trauma masih ada lagi.
TIPS DIET KETIKA SYAWAL
Selain memperoleh pahala puasa di bulan Ramadhan, kita juga dapat menjadikannya satu alternatif untuk mendidik diri berdiet. Jika sebulan berpuasa mampu mengurangkan 10kg, namun malangnya berat badan naik mendadak bila Syawal menjelang akibat gagal mengawal pemakanan. Beberapa tip mungkin berguna untuk diamalkan supaya kita dapat mengawal pemakanan.
Tiada diet khusus untuk sambutan raya, sebaiknya kita perlu bijak mengawal pemakanan. Hari raya jangan dijadikan tiket untuk membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan kerana kebanyakan makanan hari raya adalah makanan berat.
- Kurangkan makanan berminyak dan berkolestrol
Tidak dinafikan pelbagai hidangan disajikan ketika hari raya, tetapi sebaiknya cuba elakkan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolestrol tinggi. Tidak salah menjamah, tetapi jangan makan terlalu banyak.
- Kurangkan minuman berkarbonat
Ramai di antara kita mengambil langkah mudah dengan menghidangkan air berkarbonat untuk tetamu. Sebaiknya, banyakkan meminum air kosong.
- Amalkan pemakanan seimbang
Cuba atur diet anda. Jika rumah pertama anda telah ambil nasi lemak, rumah berikutnya mungkin boleh manikmati pemanis mulut atau menikmati biskut raya.
Walaupun sibuk beraya atau melayan tetamu di rumah, sepatutnya kita tidak melupakan senaman untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
5 comments:
uwaaaa tak leh diet lagi ni... masih mood raya. lepas raya la baru diet.
hehe , boleh amalkan ni :)
jom join GA tira ..
http://itsmetira.blogspot.com/2012/08/ga-syawal-giveaway_27.html
nice tip! mmg ngah nk diet nie.. hee =)
Jom diet! :D
yes2 nak try lah...sm pon dh makin berisi..hehe
Post a Comment