BLOGFYNA.COM
-
Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 - Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bilakah tarikh cuti tersebut? Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 merupakan keyword y...8 years ago
BLOGWALKING ZONE (Senarai Bloglist)
-
BLOGWALKING ZONE DISINI. - (STICKY POST) Sila scroll untuk entri berikutnya *TUJUAN * 1. Memudahkan untuk blogwalking ke blog-blog lain. (URL sudah siap, tinggal klik sahaja) 2. Me...12 years ago
SHOT AND SNAP PHOTOGRAPHY
-
10 Fungsi / Kegunaan Tripod - *10 Fungsi / Kegunaan Tripod * Dibawah ini ada 10* fungsi tripod *untuk *jurugambar *sebelum membeli *tripod*: 1. *Tripod *berfungsi untuk meningkatk...12 years ago
Monday, December 31, 2012
Entri Terakhir Dan Selamat Tahun Baru!!!
Hari ini merupakan hari terakhir dan penutup untuk tahun 2012. Semoga tahun 2013 akan lebih baik dari tahun 2012.
Secara tidak langsung, entri ini merupakan entri terakhir untuk tahun ini. Semoga umur dipanjangkan untuk melangkah tahun baru.
Sunday, December 30, 2012
Shot And Snap Photography? Waaa.. Siap Sudah!!
Disebabkan blog utama fyna (Blogfyna.com) masih bandwidth lagi, fyna ambil kesempatan ini untuk menambahbaik sedikit Blog Shot And Snap Photography.
Fyna memang sudah lama gantung kamera fyna disebabkan sebab tertentu. InsyaAllah dengan azam baru tahun depan, fyna ingin mulakan balik berjinak semula dengan fotografi. Wish Me Luck!!
Blog Shot And Snap Photography masih lagi tidak lengkap sepenuhnya. Akan diperbaiki lagi semasa ke semasa. Header masih lagi tidak ada. Shoutbox pun masih belum letak lagi. Sebab ingat nak letak shoutbox yang terapung. Errr.. Tengah belajar hendak letak macam itu.
Fyna memerlukan pandangan kawan-kawan yang lain, apa yang perlu fyna tambahbaik lagi blog tersebut?
Jangan lupa untuk LIKE FAN PAGE SHOT AND SNAP PHOTOGRAPHY
KLIK SINI
Friday, December 28, 2012
(LAWAK) Angkara Bom!!
Thursday, December 27, 2012
Rahsia Rasulullah Kawal Emosi
Rahsia Rasulullah Kawal Emosi
“Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan shalat sunah dua rakaat.”
Itulah hikmah ketika marah berdiri perlu duduk, ketika duduk perlu berbaring. Dan air wudhu' pula mampu memadamkan hati yang sedang menyala apinya...
Emosi marah juga terhapus dengan istighfar yang berterusan... :)
No idea? Yes, I'm.
(Klik untuk tumbesaran sihat)
Hari ini dengan rajinnya telah blogwalking beberapa blog. Kononnya nak cari idea. Alhamdulillah lepas blogwalking masih lagi tiada idea untuk disumbatkan dalam blog ini untuk entri baru. DENG!!
So, jom sambung blogwalking lagi. Minta-minta adalah idea untuk disumbangkan kejap lagi.
Wednesday, December 26, 2012
Azam baru? Azam lama dah setel ke?
Setiap kali hendak masuk tahun baru, mesti ada yang tanam azam baru kan. Paling tak pun, azam yang belum tercapai, akan dibawa ke tahun hadapan. Macam debit kredit gitu. Same like me lah. Deng!!
Azam fyna untuk tahun ini, fyna bawa tahun hadapan. Antaranya:
1. Diharapkan blog fyna akan bertambah maju untuk tahun 2013. Upgrade pakej lagi lah gamaknya. Sebenarnya, fyna memang ada banyak blog. Sebab setiap blog ada fungsi tersendiri.
Blogfyna Dot Com (Blog Utama)
Blogwalking Zone (Senarai blogwalking)
Shot And Snap (Dunia Fotografi)
2. Semoga dipercepatkan jodoh. Hehehe...
3. Niat nak sambung lagi job photographer. Rindu sangat.
1. Diharapkan blog fyna akan bertambah maju untuk tahun 2013. Upgrade pakej lagi lah gamaknya. Sebenarnya, fyna memang ada banyak blog. Sebab setiap blog ada fungsi tersendiri.
Blogfyna Dot Com (Blog Utama)
Blogwalking Zone (Senarai blogwalking)
Shot And Snap (Dunia Fotografi)
2. Semoga dipercepatkan jodoh. Hehehe...
3. Niat nak sambung lagi job photographer. Rindu sangat.
Hurm...Buat masa yang itu dulu kot. Kalau list banyak-banyak kang tak tercapai dek akal lak.
Apa azam korang untuk tahun hadapan? Jom share dengan fyna. Mana lah tahu kot-kot sama kan. ^_^
Monday, December 24, 2012
Wednesday, December 19, 2012
GOOD LUCK ADIK-ADIK PMR 2012!!
Secara rasminya hari ini (19.12.2012) keputusan PMR 2012 akan diumumkan. Fyna ucapkan Good Luck untuk adik-adik yang akan mengambil keputusan tersebut hari ini.
Sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang, teruskan lagi usaha tersebut. Dan sekiranya mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, jangan putus usaha. Langkah anda masih ada lagi untuk terus maju. Buat lagi yang terbaik pada masa akan datang.
Tuesday, December 18, 2012
Bandwidth Limit Exceeded? Again!!
Bandwidth Limit Exceeded? Again!! Ye..Disebabkan Blogfyna Dot Com masih lagi bandwidth, fyna terpaksa menumpang kasih sayang di blog yang lain. *ohhhmenn...terpaksa topup dulu*
Eh... Rupa-rupanya sudah lama fyna tidak update di sini kan. Phhewww.. Berhabuk. Kesian dia.
Semalam fyna baru saja buat satu segmen REVIEW BLOG BY BLOGFYNA. InsyaAllah segmen tersebut akan diteruskan selepas Blogfyna kembali ok.
Friday, September 14, 2012
I'LL BE BACK
Thursday, September 13, 2012
SURAT UNTUK ANONYMOUS

Kehadapan Miss/Mr Anon
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi komen yang 'membina' di kotak komen saya yang tidak seberapa itu.
Secara jujurnya bukan senang saya hendak memberi surat kepada sesiapa yang tinggalkan komen untuk setiap entri saya. Saya hanya boleh mengucapkan ribuan terima kasih. Kira Miss/Mr Anon ini antara yang bertuah. Tahniah.
Saya akan menjawab secara ringkas apa yang Miss/Mr Anon komen tersebut. (InsyaAllah). Saya tidak pasti samada itu komen atau luahan. Tetapi saya anggap itu komenlah ye.
Untuk pengetahuan Miss/Mr Anon, saya memang hanya untuk guna blogspot sahaja. Tetapi kemungkinan Miss/Mr Anon tidak kenal saya secara mendalam. Sebab saya sendiri ada tapak menggunakan domain. Bukan domain sahaja. Tetapi hosting juga juga. Miss/Mr Anon tidak percaya. Mari klik BLOGFYNA.COM.
Entri di sini memang banyak kepada personal dan santai. Untuk release tension gitu.
Fyna pun banyak lagi hendak belajar dan masih merangkan-rangkak lagi dalam dunia blog ini.
Kemungkinan Miss/Mr Anon pun ada blog kan? Boleh tunjukkan dekat fyna. Boleh lah juga fyna singgah. Mana tahu ada juga yang membaca surat ini hendak singgah sekali.
Fyna sudah anggap semua rakan blogger sahabat maya yang baik-baik. Tidak kisah yang guna blogspot ataupun wordpress dan seangkatan dengannya. Kalau yang tak baik pun, macam Miss/Mr Anon. (ehh..terlepas bicara pula)
Tidak baik kita bermasam-masam muka kan. Andai fyna ada terkasar atau tersalah bahasa, tegurlah secara budi bahasa.
Boleh Fyna ingin berpantun?
Kalau terpijak pisau belati
Tentu terluka teramat bisa
Bahasa yang cantik anugerah Ilahi
Berbudi bahasa pusaka bangsa
Indah sekali pantun kita kan.
Sebelum terlajak bicara, fyna ingin mengundur diri. Lagipun fyna hanya ingin menjawab secara ringkasa sahaja. Mungkin sampai disini sahaja. Andai ada masa, boleh kita berbicara lagi.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
Yang Menjalankan tugas,
CIK JOYAH (bukan nama sebenar)
Setiausaha Sulit Cik Fyna.
Wednesday, September 12, 2012
Tuesday, September 11, 2012
KADANG-KADANG FACEBOOK MEMBOSANKAN.
JOM NAIKKAN TRAFIK
Klik JOM NAIKKAN TRAFIK BLOG Untuk Join.
Jom ramai-ramai join segmen dari Mak Dara.
Blog ke dua fyna (Blog Personal).. Ngee. Tamakkan. Dua-dua blog nak join segmen nih juga. Hehehe. Blog yang lebih tertumpu kepada entri yang santai dan personal. Sayang blog nih ^^;
Monday, September 10, 2012
[VIDEO] ITIK MELINTAS HIGHWAY. SABAR JELAH TENGOK MAK ITIK NIH.
Sunday, September 9, 2012
Saturday, September 8, 2012
[LAWAK] ANJING YANG PANDAI BERENANG
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.
Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan,
anjing B relaks je.
Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan,
anjing B relaks je.
Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal
daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala…releks le,
aku ni kan anjing laut.”
daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala…releks le,
aku ni kan anjing laut.”
Friday, September 7, 2012
KALAU KORANG DAH CASHOUT, APA KORANG BUAT?
SUMBER : GOOGLE
Fyna dah dapat cek churp-churp dah. Tapi tengah tunggu untuk cek nuffnang pulak.
Teringin hendak beli macam gambar kat bawah nih sebenarnya. Hehehe. InsyaAllah dapatlah fyna beli lens tue. ^^;
Thursday, September 6, 2012
JOM JOIN BLOGLIST HASRULHASSAN.COM
As-Salam. Blog www.hasrulhassan.com membuka peluang untuk mana-mana blog untuk disenaraikan dalam ruangan bloglist terhad 200 blog terawal. Terbuka buat semua jenis blog, tak kira blog politik, blog agama, blog personal, blog informasi - asalkan ia tidak melanggar batas agama dan sosial serta undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan.Untuk disenaraikan, apa yang perlu anda lakukan adalah 2 perkara:
- Buat satu entri yang merujuk kepada blog ini - anda boleh tulis apa sahaja, samada pandangan, nak review, nak bagi pujian, nak promo tentang bloglist ini atau apa sahaja, asalkan terdapat backlink ke blog ini.
- Masukkan blog ini dalam bloglist anda juga.
Dikesempatan ini fyna hendak merebut peluang untuk join segmen dari blogger HasrulHassan. Siapa yang tak kenal dengan blogger hebat nih kan. Blog yang penuh dengan informasi dan maklumat terumata untuk blogger-blogger. Banyak tips-tips yang dapat dikongsi bersama.
Siapa yang nak join, boleh klik BLOGLIST HASRULHASSAN.COM
INFO KESIHATAN : BAHAYA PAKAI KASUT TUMIT TINGGI | KEBURUKAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI
INFO KESIHATAN : BAHAYA PAKAI TUMIT TINGGI

SUMBER : http://annamariana1989.blogspot.com
Siapa yang suka pakai kasut tumit tinggi? Fyna? Maaf, fyna memang tak suka. Leceh kot nak bergerak. Tapi sebenarnya ada kesan yang tak elok untuk badankan. Renung-renungkanlah.
SUMBER : http://www.celapakit.net
KEBURUKAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI
1. Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
2. Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
3. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”
4. Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
5. Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.
6. Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.
7. Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
8. Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
9. Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.
JOM LAYAN KARTUN CANIMALS
Labels:
Canimals,
Canimals Cartoon,
Cartoon,
video Canimals
Subscribe to:
Posts (Atom)