Kehadapan Miss/Mr Anon
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi komen yang 'membina' di kotak komen saya yang tidak seberapa itu.
Secara jujurnya bukan senang saya hendak memberi surat kepada sesiapa yang tinggalkan komen untuk setiap entri saya. Saya hanya boleh mengucapkan ribuan terima kasih. Kira Miss/Mr Anon ini antara yang bertuah. Tahniah.
Saya akan menjawab secara ringkas apa yang Miss/Mr Anon komen tersebut. (InsyaAllah). Saya tidak pasti samada itu komen atau luahan. Tetapi saya anggap itu komenlah ye.
Untuk pengetahuan Miss/Mr Anon, saya memang hanya untuk guna blogspot sahaja. Tetapi kemungkinan Miss/Mr Anon tidak kenal saya secara mendalam. Sebab saya sendiri ada tapak menggunakan domain. Bukan domain sahaja. Tetapi hosting juga juga. Miss/Mr Anon tidak percaya. Mari klik
BLOGFYNA.COM.
Entri di sini memang banyak kepada personal dan santai. Untuk release tension gitu.
Fyna pun banyak lagi hendak belajar dan masih merangkan-rangkak lagi dalam dunia blog ini.
Kemungkinan Miss/Mr Anon pun ada blog kan? Boleh tunjukkan dekat fyna. Boleh lah juga fyna singgah. Mana tahu ada juga yang membaca surat ini hendak singgah sekali.
Fyna sudah anggap semua rakan blogger sahabat maya yang baik-baik. Tidak kisah yang guna blogspot ataupun wordpress dan seangkatan dengannya. Kalau yang tak baik pun, macam Miss/Mr Anon. (ehh..terlepas bicara pula)
Tidak baik kita bermasam-masam muka kan. Andai fyna ada terkasar atau tersalah bahasa, tegurlah secara budi bahasa.
Boleh Fyna ingin berpantun?
Kalau terpijak pisau belati
Tentu terluka teramat bisa
Bahasa yang cantik anugerah Ilahi
Berbudi bahasa pusaka bangsa
Indah sekali pantun kita kan.
Sebelum terlajak bicara, fyna ingin mengundur diri. Lagipun fyna hanya ingin menjawab secara ringkasa sahaja. Mungkin sampai disini sahaja. Andai ada masa, boleh kita berbicara lagi.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
Yang Menjalankan tugas,
CIK JOYAH (bukan nama sebenar)
Setiausaha Sulit Cik Fyna.
5 comments:
wah, domain sebulan berapa ya?
firdaus : fyna ambil sekali pakej dengan hosting. setahun rm100.00.
Komen kat mana tuh? Nak kepoh jap boleh? ;-p
be cool dude..
Salam kenal dari saya, keep up the good work.
Post a Comment