Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

TABUNG BELI LENS DSLR BARU


BLOGFYNA.COM

BLOGWALKING ZONE (Senarai Bloglist)

SHOT AND SNAP PHOTOGRAPHY

Friday, April 20, 2012

Ayam Panggang. Nyum.Nyum


Ayam panggang? Menu untuk esok. Dah siap plan dengan adik fyna dah. Yang tak bestnya, esok fyna kena kerja. Bahan-bahan untuk perap ayam akan fyna siapkan malam nih. Atleast esok adik fyna tinggal panggang je. 

Sedap kalau dapat perap ayam tue lama-lama. Ayam panggang nih sedap kalau dapat cicah dengan air asam lak kan. Hehehe...

Resepi Ayam Panggang Madu SUMBER

Bahan-bahan ( 1/2 ekor ayam )

  • 1/2 ekor ayam bersihkan ,jangan dibuang kulitnya.
  • 5 cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • Garam dan gula melaka sedikit lada hitam
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • Bahan untuk perap:
  • 5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam

Cara-cara

  1. 100_2733
     Tumbuk halia dan bawang putih serta garam,lumurkan pada ayam,biarkan sebentar
  2. Sementara itu siapkan bahan bahan untuk disapukan pada ayam nanti..bumbunya.
  3. 100_2741
     Tumbuk halia dan bawang putih sampai lumat dan masukkan sos tiram,lada hitam,gula melaka,kicap pekat,madu dan pati ayam kacau sampai sebati
  4. Masukkan ayam dalam ketuhar dengan kepanasan 190 darjah celsius,bakar sehingga masak,tapi jangan sampai kekuningan.
  5. Apabila masak,keluarkan ayam,lumurkan dgn bumbunya tadi,masukkan dalam ketuhar kembali,bakar selama 5 minit.Harus berhati hati kerana pada tahap ni,ayam cepat hangus.
  6. 100_2759
     Keluarkan ayam sekali lagi,terbalikkan,sapu bumbu selebihnya pada bahagian bawah ayam tadi,bakar lagi sehingga ayam berwarna keemasan.Siap untuk dihidang.

1 comment:

Dayang Deno said...

wah.... lama tak makan ayam panggang! sedapnyeee :)

Powered By Blogger