Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

TABUNG BELI LENS DSLR BARU


BLOGFYNA.COM

  • Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 - Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bilakah tarikh cuti tersebut? Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2017 merupakan keyword y...
    6 months ago

BLOGWALKING ZONE (Senarai Bloglist)

SHOT AND SNAP PHOTOGRAPHY

Thursday, September 6, 2012

INFO KESIHATAN : BAHAYA PAKAI KASUT TUMIT TINGGI | KEBURUKAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI

INFO KESIHATAN : BAHAYA PAKAI TUMIT TINGGI



Siapa yang suka pakai kasut tumit tinggi? Fyna? Maaf, fyna memang tak suka. Leceh kot nak bergerak. Tapi sebenarnya ada kesan yang tak elok untuk badankan. Renung-renungkanlah.


SUMBER : http://www.celapakit.net

KEBURUKAN PAKAI KASUT TUMIT TINGGI

1. Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

2. Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

3. Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”

4. Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

5. Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

6. Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

7. Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

8. Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

9. Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi. 


9 comments:

azizah :) said...

jijah pon taks uka pakai tumit tinggi selain leceh ia jugak membuatkan jijah sng jayuh terpeliot..hahhaa selesa dgn kasut flat o sandal..hhe

fyna said...

dear jijah : payahkan kalau pakai kasut tumit tinggi. tapi still gak ada yang suka pakai kan. pendapat masing-masing.

Ana Farhana said...

sy pon tak suka.. lmbt gerak. tp kdg2 pakai utk rasa konfident :)

fyna said...

dear ana : hehe..samalah.fyna sangat jarang nak pakai. kalau ada majlis tertentu je.

Sally Yatiey said...

Tak pernah pakai heels. Tapi selalu pakai wedges tinggi ;D

buatbest said...

naseb lelaki tak pakai kasut tumit tinggi kan..

hehe

Abil Fikri Ahmad said...

Nasib baik la saya tak minat nak pakai kasut bertumit tinggi cm tu...hehehee

Puteri Kasih said...

puteri tak suka pakai kasut tumit tinggi..tak selesa

Tinta Lana said...

Salam.

Lana pernah pakai sekali kasut tumit tinggi time dinner,waktu blaja dulu.

Sejak tu, sumpah! tak moh pakai lgi fyna, terseksa!! hahahaha.

Rasa jalan macam itik bulat2, terhuyung hayang kiri kanan,keh3