Ayam panggang? Menu untuk esok. Dah siap plan dengan adik fyna dah. Yang tak bestnya, esok fyna kena kerja. Bahan-bahan untuk perap ayam akan fyna siapkan malam nih. Atleast esok adik fyna tinggal panggang je.
Sedap kalau dapat perap ayam tue lama-lama. Ayam panggang nih sedap kalau dapat cicah dengan air asam lak kan. Hehehe...
Resepi Ayam Panggang Madu
SUMBER
Bahan-bahan ( 1/2 ekor ayam )
- 1/2 ekor ayam bersihkan ,jangan dibuang kulitnya.
- 5 cm halia
- 4 ulas bawang putih
- Garam dan gula melaka sedikit lada hitam
- 1 sudu besar madu
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 kiub pati ayam
- 3 sudu besar kicap pekat
- Bahan untuk perap:
- 5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam
Cara-cara
-
Tumbuk halia dan bawang putih serta garam,lumurkan pada ayam,biarkan sebentar
- Sementara itu siapkan bahan bahan untuk disapukan pada ayam nanti..bumbunya.
-
Tumbuk halia dan bawang putih sampai lumat dan masukkan sos tiram,lada hitam,gula melaka,kicap pekat,madu dan pati ayam kacau sampai sebati
- Masukkan ayam dalam ketuhar dengan kepanasan 190 darjah celsius,bakar sehingga masak,tapi jangan sampai kekuningan.
- Apabila masak,keluarkan ayam,lumurkan dgn bumbunya tadi,masukkan dalam ketuhar kembali,bakar selama 5 minit.Harus berhati hati kerana pada tahap ni,ayam cepat hangus.
-
Keluarkan ayam sekali lagi,terbalikkan,sapu bumbu selebihnya pada bahagian bawah ayam tadi,bakar lagi sehingga ayam berwarna keemasan.Siap untuk dihidang.
1 comment:
wah.... lama tak makan ayam panggang! sedapnyeee :)
Post a Comment