Dengan secara rasminya hari ini fyna akan ambil cuti. Bukan cuti semester. Cuti dari pergi kerja. Sebab? Banyak sangat sebab. Antaranya sebab badan memang rasa tak berapa nak sedap akhir-akhir ini.. (Bukan boleh rasa ngan lidah wokay). Selsema masih tak sembuh lagi. Pening masih terasa.
Mungkin tekanan di tempat kerja juga. Lagi-lagi sekarang kena berurusan dengan orang yang tidak faham bahasa. Mak Jemah pun boleh hilang sabar.
Berehat di rumah lagi bagus rasanya. Semalam fyna boleh rileks je tidur dekat tempat kerja. Nasib baik kejap. Dapat lah pejamkan mata dalam sejam lebih. (Kejap??)
Seronoknyalah cuti-cuti ini. (Bos, saya nak cuti hari Jumaat boleh tak?)
Nota Kaki : Yeaaahh!! Dem Lepak Boyz menang Showdown 2012. Klik SINI untuk lebih lanjut.
2 comments:
waa.. bestnya :) selamat bercuti fyna :)
p/s: dh dpt cuti ka belum nh? haha
dear oopet : hehe. memang best. sebab dah dapat cuti lah, ok sikit jiwa nih.. ^^;
Post a Comment